Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Amanah sepatutnya tidak perlu menggunakan media untuk mengutarakan kemahuan mereka kepada PPBM.
“Tidak perlulah Amanah pergi minta secara terbuka. Patut telefon (buat panggilan) sajalah dan minta kepada PPBM apa yang mereka mahu.
“Saya anggap ia tindakan tidak wajar,” katanya memetik laporan Sinar Harian Online.
Kata Mahfuz, Amanah tidak perlu mengingatkan PPBM untuk melapor hasil pertemuan itu kerana ia sudah menjadi tanggungjawab PPBM untuk berkongsi hal tersebut dengan Pakatan Harapan.
“Oleh kerana PPBM sudah ada kerjasama dengan Pakatan Harapan, sudah tentulah mereka akan menyampaikan maklumat kepada rakan pakatan.
“Parti yang ada tidak perlulah meminta atau mengingatkan PPBM secara terbuka untuk berkongsi laporan penuh pertemuan dengan PAS,” katanya lagi.