Calon BN, Budiman Mohd Zohdi berkata kemenangan yang besar dengan kekuatan sendiri akan menjadi menjadi momentum untuk di bawa di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Saya nak kempen pilihanraya ini menjadi momentum kekuatan pilihanraya akan datang dan saya mahu pilihanraya ini menjadi kekuatan dalaman kita.
“Bermakna kalau kita dah menang, bukan disebabkan kelemahan pihak lawan tapi solidariti kita,” katanya ketika ditemui RakyatPost.my.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikatakan telah membatalkan tempahan penginapan yang akan digunakan untuk jentera dalam PRK Sungai Besar yang dijadualkan pada 18 Jun depan.
Mengulas lanjut mengenai pencalonan beliau, Budiman yang merupakan ADUN Sungai Panjang menegaskan tidak timbul isu pegang dua jawatan kerana pemimpin pembangkang sudah lama mengamalkan perkara itu.
“Saya rasa tak timbul isu pegang dua jawatan ini sebab Azmin pun pegang dua kawasan, satu Gombak satu lagi Bukit Antarabangsa, (bekas Menteri Besar Selangor) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pun dua kawasan, saya fikir ini adalah tanggungjawab
“Ini adalah kawasan saya. 60 peratus daripada kawasan (Sungai Besar) ini telah saya jaga. Tinggal 16 ribu lagi.
“Saya rasa ini adalah amanah yang perlu saya laksanakan, saya tak fikir ia timbul isu.Politik ni bukan soal peribadi tetapi kerja yang dilaksanakan,” katanya.