20
Menjelang sambutan Deepavali pada Oktober ini, para peniaga kecil India di Sungai Wei mahu bazaar Deepavali dan gerai sementara tidak berdepan masalah kali ini.
Sebahagian besar penduduk India di Desa Mentari mahu bazaar Deepavali dan gerai sementara oleh pihak berkuasa dikekalkan di SS9/13 tanpa sebarang perubahan lokasi.
Mereka mendakwa lokasi berkenaan paling strategik untuk masyarakat tersebut membuat persiapan menjelang sambutan kali ini.
Mereka mahu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memastikan para peniaga mendirikan bazaar dengan harga berpatutan tanpa menindas pengguna di kawasan perumahan itu. MBPJ sebagai pihak berkuasa bertanggungjawab perlu memastikan penempatan bazaar tidak membawa sebarang masalah. – Tamil Nesan