Jangan adakan perhimpunan jalanan – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengesan wujud beberapa pihak mengajak orang ramai untuk berhimpun di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mengecualikan mana-mana pihak dan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menggugat ketenteraman serta keselamatan negara.

Sehingga kini katanya, PDRM masih lagi menjalankan siasatan mengenai 1MDB dan mengikuti perkembangan siasatan tersebut dengan rapi.

“Justeru, polis ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak mengaitkan apa jua tindakan AS dengan keadaan semasa di dalam negara.

“Saya ingatkan kepada mereka bahawa pihak PDRM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja termasuk pihak-pihak NGO parti-parti politik jika mereka mengancam ketenteraman serta demokrasi berparlimen negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar sempena Majlis Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka malam Jumaat. – Kosmo! Online

 

Related Articles