‘Janda seksi’ mahu tanding PRU14

Menggelarkan dirinya ‘janda seksi’, Ibrahim berkata dirinya telah dilamar beberapa wakil parti politik untuk bertanding atas tiket parti mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Saya mengakui ada pihak yang melamar kerana saya tak minat menyertai parti politik dan ingin kukuhkan Perkasa.

“Ada yang melamar (bertanding) kerana saya janda seksi,” katanya, ketika sidang media di pejabat pertubuhan itu di ibu negara, pada Khamis.

“Tapi saya pasti akan bertanding dalam pilihan raya, tapi saya tak tahu bagaimana (nak tanding). Saya tak tak boleh bagi tahu sekarang.”

Ibrahim bagaimanapun tidak mendedahkan butiran parti berkenaan.

Beliau pernah bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya 2013.

Related Articles