Jamal macam budak tadika, kata Bersih

Rama berkata, Ketua Umno Sungai Besar itu sepatutnya memilih jalan dialog untuk menyatakan bantahan terhadap desakan Bersih.

“Kenapa perlu cakap tentang perang apabila Jamal boleh bercakap mengenai idea. Saya rasa lebih baik dia beritahu mengapa dia tidak suka kerajaan yang bersih; kenapa dia tidak suka pilihan raya yang adil; kenapa dia tidak suka kepada hak untuk berbeza pendapat dan bercakap secara terbuka?

“Kenyataan yang dibuat Jamal macam budak tadika atau sekolah rendah. Tak perlu buat kenyataan begitu. Kita nak lebih dewasa. Kalau tak setuju dengan kami, patut berdialog bukan hasut orang ramai ke arah keganasan,” katanya.

Ramaa berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis solidariti pemenang anugerah Gwangju (hadiah untuk pejuang hak asasi manusia Korea Selatan) untuk Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Jamal sebelum ini melancarkan perang terhadap bersih sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman selama dua hari oleh polis.

Beliau ditahan sebaik sahaja tiba dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Related Articles