Jabatan Meteorologi uji sistem amaran awal tsunami di Butterworth hari ini

Jabatan berkenaan menerusi kenyataan di akaun Facebook memberitahu, sesi ujian tersebut akan berlangsung selama empat jam bermula pukul 10 pagi ini hingga pukul 1 tengah hari.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik apabila mendengar bunyi siren tersebut kerana ini merupakan suatu ujian sahaja.

“Jabatan Meteorologi akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya, memetik Utusan Online.

Related Articles