14
Pengarah Kesihatan negeri Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican berkata tiga kakitangan HSA yang cedera dalam kebakaran kira-kira 9 pagi itu kini dalam keadaan stabil di Hospital Sultan Ismail (HSI).
“Mereka sedang mendapatkan rawatan dan ada di antara mereka telah pun sedar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSI di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan media sosial mengenai Nurul Ain, antara jururawat yang dikatakan cedera dalam kebakaran itu, telah meninggal dunia.
Namun, setakat ini tiada senarai nama mereka yang cedera dikeluarkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab.– Bernama