Izzah hantar surat kepada PM, rayu untuk Anwar

Melalui surat yang bertarikh 18 Jun itu, Nurul Izzah memohon agar bekas Ketua Pembangkang itu menerima rawatan yang setimpal.

Beliau berkata, Anwar layak mendapat rawatan yang terbaik memandangkan beliau sebelum ini pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu Nurul Izzah memohon agar Anwar dibenarkan mendapat rawatan di hospital sepenuhnya sebelum beliau menjalani pembedahan.

Pada15 Jun lalu Anwar dikejarkan ke hospital kerana mengadu kesakitan di bahagian belakang.

“Saya kira (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.

“Besarlah harapan saya sekeluarga agar pihak Y.A.B Datuk Seri mempertimbangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dirawat di hospital sepenuhnya sehingga beliau mendapat ruang menjalankan pembedahan kelolaan Georgetown University,” jelas surat berkenaan yang diterima Watan-Online melalui emel.

Nurul Izzah berkata, semalam, pihaknya dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah yang masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI. – Watan-Online

Related Articles