‘Itu perangai penyembah kubur namanya’, jawab Nik Abduh kepada Husam

“Itu arahan parti masa itu. Bukan arahan peribadi Allahyarham. Dia Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua Majlis Syura Ulamak.

“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah-ubah sifatnya itu daripada orang yang sudah mati, itu perangai penyembah kubur namanya,” jelas Nik Abduh, memetik laporan Harakah Daily.

Menurut beliau lagi arahan yang bersifat peribadi dan jamaie (parti) yang tidak berubah daripada TGNA ialah supaya ahli-ahli PAS istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan menentangnya.

“Kenapa arahan yang ini tidak mahu ikut?” soal beliau.

Husam sebelum ini menegaskan pendiriannya yang memetik arahan bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya yang mewajibkan ahli parti itu agar menyertai Bersih.

Husam berkata demikian mengulas pendirian PAS kini yang enggan menyertai himpunan Bersih 5 selepas mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

PAS sejak memutuskan hubungan dengan DAP, berkeputusan tidak menyertai himpunan Bersih 4.

Related Articles