Isu persempadanan: Bahaya untuk MIC? – Subramaniam

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil keputusan akhir selepas mendapat pandangan daripada ketua-ketua kawasan.

Bukan sahaja parti pembangkang yang membantah cadangan persempadan semula tu, malah parti Gerakan, MCA turut membantah.

“Jika cadangan SPR tidak memuas hati, maka kami akan membuat rayuan kepada SPR. Kami tidak boleh terima keputusan yang memberi kesan kepada masyarakat India dan MIC,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya akan memastikan segala cadangan SPR tidak menjejaskan hak kaum India di negara ini.

Beliau mengulas laporan akhbar Makkal Osai sebelum ini yang mengatakan, jawatan dalam GLC akan diberi kepada orang India menggantikan kerusi parlimen dan kerusi DUN. – Makkal Osai

Related Articles