Kata Ali, dalam usia Tun Mahathir yang sudah lanjut, beliau seharusnya bersyukur kerana negara ini aman dan sentosa di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya minta Tun Mahathir bersyukurlah duduk di dalam negara yang aman dan sentosa.
“Kita lihat Perdana Menteri tidak berbuat (salah) apa-apa pun. Perdana Menteri turun ke akar umbi bantu rakyat untuk memajukan negara. Kenapa kita hendak orang asing mencampuri urusan dalam negara,” katanya dalam sidang media di Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Kuala Lumpur, di sini.
Menurut Ali, tindakan meminta pihak asing mencampuri urusan di dalam negara ini akan menyebabkan negara menjadi tidak stabil.
“Biarlah rakyat Malaysia yang menentukan negara ini, bukan orang asing. Saya menasihati Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan lain lain jangan jadi barua orang asing untuk memasuki dalam Malaysia ini.
“Ini tidak sihat. Mungkin Tun Mahathir dengan Muhyiddin salah makan ‘ubat’,” ujarnya.