Isteri lebam dibelasah suami cemburu

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu menyebabkan wanita berusia 34 tahun berkenaan lebam di muka dan lengan selain sakit di seluruh badan setelah dipukul suaminya yang bekerja di pelantar minyak luar pesisir.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek cemburu dan mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata, suspek yang juga seorang warga tempatan berusia 31 tahun, telah mendaftarkan secara sah perkahwinan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Miri serta mempunyai tiga anak.

“Mangsa menerima rawatan di Hospital Miri sebagai pesakit luar dan polis masih memburu suspek,” katanya lagi. – Bernama

Related Articles