Isteri larikan duit, suami tenangkan fikiran atas Jambatan P. Pinang

Tindakan itu dilakukan seorang ahli perniagaan berbangsa Cina berusia 40 tahun di kilometer 8 Jambatan Pulau Pinang ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Jelutong pukul 12.30 tengah malam sabtu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Assisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa menafikan mahu terjun dan membunuh diri malah mengaku tenang setelah duduk di atas tembok jambatan tersebut.

“Setelah polis menjalankan temu bual dengannya di Balai Polis Sungai Nibong, dia meminta untuk pulang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa turut membuat laporan polis berhubung tindakan isterinya itu di Balai Polis Jelutong pukul 8.05 malam tadi.

Related Articles