Isteri bawa lari duit lepas nikah 3 hari

Portal berita antarabangsa Shanghaiist.com melaporkan Liu yang berasal daripada sebuah kampung di pedalaman Shanxi telah membelanjakan sejumlah wang untuk mengahwini wanita itu.

Bagaimanapun tiga hari kemudian, wanita yang dikahwininya itu keluar dari rumah dan meninggalkan dirinya.

Liu dikatakan bertemu dengan isterinya dalam satu temu janji pada Februari 2013.

Ketika menghampiri tempoh perkahwinannya, Liu mengaku telah pun berbelanja hampir 200,000 yuan (RM119,466.35) untuk wanita itu dan keluarganya.

Demi isterinya, Liu sanggup menghabiskan sejumlah besar simpanannya dengan membeli rumah baharu, barang kemas dan keperluan isterinya.

Bagaimanapun semuanya berubah secara tiba-tiba apabila isterinya meminta dia membawa isterinya ke pekan untuk membeli keperluan rumah.

Kata Liu, selepas menunggu beberapa ketika, isterinya tidak pulang dan gagal dihubungi.

Dia kembali ke rumah dan menemui wanita itu di tempat kerja keesokan harinya.

Liu cuba memujuk isterinya kembali ke rumah namun dia tidak diendahkan.

Isterinya terus hilang pada hari seterusnya dan tidak lagi dapat ditemui sejak daripada itu.

Related Articles