Israel lulus undang-undang penjarakan kanak-kanak

Rang Undang-undang Belia itu membolehkan pihak berkuasa memenjarakan kanak-kanak dibawah umur yang disabitkan dengan jenayah berat seperti pembunuhan, cubaan membunuh walaupun belum mencapai usia 14 tahun, kata kerajaan Israel dalam satu kenyataan pada rabu.

“Serangan sejak kebelakangan ini menuntut pendekatan yang lebih agresif, termasuk dibawah umur,” kata kenyataan itu.

Kumpulan Hak Asasi Israel, B’Tselem mengkritik undang-undang dan layanan Israel terhadap pemuda Palestin secara umum.

“Daripada menghantar mereke ke penjara, akan lebih baik Israel menghantar mereka ke sekolah di mana mereka boleh membesar dalam maruah dan kebebasan.

“Memenjarakan kanak-kanak bawah umur menafikan peluang untuk masa depan yang lebih baik,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan dipetik Al Jazeera.

Undang-undang tentera, yang kini digunakan untuk penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel, sudah membolehkan hukuman penjara terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun.

Sejak Oktober, tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 219 rakyat Palestin termasuk penyerang, penunjuk perasaan tidak bersenjata dan penonton.

Dalam tempoh yang sama, penyerang Palestin telah menyebabkan 34 Israel maut.

Sementara itu, Menteri Keadilan Israel, Ayelet Shaked berkata, Rang-Rang Undang Belia mendapat sokongan penuh ketika dibentangkan di hadapan jawatankuasa menteri tahun lalu.

Sebelum itu, Shaked mendapat kritikan apabila menyiarkan artikel yang tidak diterbitkan oleh penulis Israel, Uri Elitzur di Facebook yang menyebut kanak-kanak Palestin sebagai “ular kecil’ dan menggalakan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Sekurang-kurangnya 414 kanak-kanak Palestin berada dalam penjara Israel pada Julai.

Seorang gadis Palestin berusia 12 tahun yang berasal dari Tebing Barat, disabitkan dengan cubaan membunuh oleh mahkamah tentera, telah dibebaskan pada April sebagai sebahagian daripada tawaran rayuan selepas dipenjarakan selama empat bulan. – Sinar Harian

 

Related Articles