Iran tidak hantar jemaah haji musim ini

Kelmarin, Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam, Ali Jannati mendakwa Riyadh tidak menerima cadangan mengenai pengeluaran visa, pengangkutan dan keselamatan jemaah dari Iran.

“Kami telah melakukan segala yang termampu, namun tiada kata putus dari Saudi,” katanya.

Sementara itu, akhbar IRNA melaporkan keputusan itu masih belum dimuktamadkan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Haji Saudi memaklumkan mereka telah memastikan Teheran memperoleh visa dan bertemu dengan pegawai berkaitan bagi membincangkan persiapan haji pada musim ini walaupun ia telah memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu pada Januari lalu.

“Sebarang keputusan yang dibuat Iran termasuk menghalang jemaah daripada menunaikan haji adalah kerana mahu memberi tekanan kepada kami,” kata jurucakapnya.

Related Articles