IPF tidak akan sertai MIC

“IPF akan beroperasi secara bersendirian, kita tidak perlu bergabung dengan mana-mana parti, ” katanya ketika dihubungi Makkal Osai pada Isnin.

Beliau juga berkata, bukan IPF yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum, hanya MIC sahaja yang akan bertanding.

“Kami rela bekerjasama dengan UMNO dan BN…tidak akan bergabung dengam parti lain.

“Bagi perpaduan orang india, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta saya dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam untuk bekerjasama.

“Tetapi sampai sekarang Subramaniam tidak memanggil saya. Kami tidak akan gabung dengan mana-mana parti,” katanya. – Makkal Osai

Related Articles