Presiden parti serpihan IPF iaitu IPF Utama, M.V Mathialagan melontarkan dakwaan itu kononnya Sambanthan yang berselimutkan penyokong setia Barisan Nasional terlibat dalam kerja tersembunyi dengan pembangkang.
Dakwa Mathialagan lagi, Sambanthan tamak untuk wang dan jawatan dan cuba memecahkan perpaduan kaum dan masyarakat India.
“IPF perlukan lebih 50 tahun lagi untuk dekati MIC, tetapi dalam keadaan begini, Sambanthan jangan sewenang-wenangnya bercakap kononnya sanggup mati daripada menyertai MIC.
“Cuba imbas kembali apa yang terjadi kepada mendiang Presiden IPF, Tan Sri M.G.Pandithan yang terpaksa tunduk jua akhirnya kepada MIC (Samy Vellu),” katanya lagi.
“Saya syak bahawa IPF dan Sambanthan mempunyai agenda tersembunyi berdasarkan reaksi tidak langsung mereka tidak akan menyokong BN. Ia umpama menentang BN,” dakwanya lagi.
Menurutnya, sekiranya IPF dan Sambanthan tidak menyokong calon MIC dibawah tiket BN, apakah Sambanthan boleh menafikan ia sebagai tindakan mahu mengalahkan BN?
Sambanthan harus ingat bahawa walaupun sudah 25 tahun berjuang untuk menganggotai komponen BN, IPF terpaksa akur perlu menunggu isyarat hijau daripada MIC terlebih dahulu.
“Ketika IPF sendiri sudah berpecah tiga, tidak wajar Sambanthan bercakap besar tanpa sebarang usaha menyatukan ahli dan penyokong IPF kita,” bidasnya lagi. – Malaysia Nanban