Pengerusi GBM, Zaid Kamaruddin berkata, jika kuasa PM boleh dikurangkan, maka siapa yang akan menjadi PM pada penggal akan datang bukan sesuatu yang penting. Menurut hujah Zaid, meningkatkan pembaharuan dalam institusi adalah yang utama, manakala pemilihan calon PM boleh diletakkan di tempat kedua? Bagaimanapun, adakah hujah ini betul?
Sejak Tanah Melayu sehingga kemerdekaan Malaysia, PRU sentiasa menjadikan pemimpin di bahagian depan dan bukannya mendahulukan institusi. Oleh kerana institusi politik yang berkaitan sudah pun ditentukan kerajaan jajahan British sebelum negara merdeka, maka tiada keperluan untuk menyerlahkan perjuangan institusi, sebaliknya daya tarikan dan sikap pemimpin serta pendirian politik adalah menjadi pertimbangan penting.
Contohnya pada PRU 1955, walaupun kedua-dua pihak berjuang untuk kuasa autonomi, ternyata ia hanya permainan zero-sum antara Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman. Keputusan persaingan ialah Tunku berjaya menekan Datuk Onn dan menjadi menjadi Perdana Menteri dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan menang Pilihanraya Persekutuan. Dua tahun kemudian, Tunku memimpin ke arah mencapai kemerdekaan negara dan menjadi PM Malaysia yang pertama.
Melalui pengalaman pertama ini, PRU yang seterusnya adalah untuk mengetengahkan pemimpin yang akan menjadi PM (merujuk kepada parti pemerintah UMNO). Oleh kerana pembangkang tidak cukup kuat, maka pemimpin daripada kem itu tidak berupaya untuk mengetengahkan diri sebagai calon PM. Walaupun pada PRU 1969, parti pemerintah telah mendapat tentangan hebat, bagaimanapun rejim yang goyah itu telah menarik pembangkang iaitu PAS, Gerakan, Parti Progresif Penduduk (PPP) dan SUPP untuk menyertai kumpulan pemerintah bagi mengukuhkan kuasa.
Ini adalah kerana PM yang kedua, Tun Abdul Razak telah menukar dasar dan ini jelas menunjukkan bahawa manusia adalah penggerak utama dalam perubahan politik. Sebagai contoh, institusi politik China telah lama ditetapkan pada tahun 1949, mana-mana pengganti tidak dipilih untuk perubahan institusi tetapi menggunakan kebijaksanaan dan bakat mereka untuk menggerakkan negara. Semasa Mao Zedong atau Mao Tse-tung mengambil alih kedudukan Deng Xiaoping, beliau juga telah membuktikan bahawa manusia adalah faktor penentu keputusan dan tiada kaitan secara langsung dengan perubahan institusi.
Malaysia selepas era 90-an baharu muncul cabaran calon PM, Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dan di sudut lain adalah BN pimpinan Mahathir. Kedua-duanya tiada melibatkan perubahan institusi, hanya berkaitan dengan pimpinan siapa yang lebih baik untuk memenangi kepercayaan. Akhirnya, Mahathir berjaya menekan Tunku Razalegih. Sehingga tahun 1999, watak bertukar kepada Anwar Ibrahim yang telah menarik parti-parti pembangkang bersatu, membentuk pakatan besar, secara langsung bertempur dengan BN pimpinan Mahathir.
Dalam tempoh tersebut, pembangkang telah mengangkat Anwar sebagai calon PM untuk mencabar kepimpinan Mahathir, walaupun akhirnya mereka gagal namun perjuangan mereka tetap fokus dan tidak menyimpang. Hari ini, nasib malang menimpa Anwar yang sekali lagi dipenjarakan, maka muncul cadangan “teori reformasi institusi” iaitu ubah institusi kemudian baru pilih PM. Ada juga yang mencadangkan “teori Anwar” iaitu Anwar sebagai PM; malah ada juga mencadangkan “teori interim” iaitu Muhyiddin sebagai PM bagi tempoh peralihan.
Oleh yang demikian, sebelum masa depan Anwar dapat ditentukan maka Mahathir mencadangkan agar isu mengenai calon PM tidak perlu diumumkan lagi bagi mengelakkan pertikaian dalaman. Bagaimanapun beliau, bersetuju bahawa dalam masa terdekat sebelum PRU nanti, pakatan pembangkang akan mengumumkan calon PM.
Ini menunjukkan bahawa pemimpin adalah yang paling penting kerana manusia boleh memutar belit atau mentafsir ketetapan dan undang-undang. Contohnya orang AS tidak menyangka Donald Trump akan terpilih sebagai Presiden memandangkan Trump dikenali sebagai seorang yang lancang mulut itu pasti akan membuatkan rakyat AS terpaksa membayar harga yang tinggi untuk masa depan mereka. Ini juga mengajar kita bahawa institusi boleh berubah kerana manusia tetapi institusi tidak akan berubah kerana pemikiran dan tindakan seseorang. – Kwong Wah Yit Poh