India keluarkan waran tangkap ke atas Ananda Krishnan

Menurut portal New Indian Press, dua rakyat Malaysia yang dituduh terlibat dalam kes itu ialah taikun telekomunikasi, Ananda Krishnan dan Augustus Ralph Marshall serta empat syarikat iaitu Sun Direct TV Pvt. Ltd. (SDTPL), Maxis Communication Berhad, South Asia Entertainment Holding Ltd. dan Astro All Asia Network.

CBI India turut memberitahu Hakim Mahkamah Khas, O P Saini bahawa waran tangkap telah dikeluarkan te­tapi masih belum disampaikan kepada tertuduh.

Badan Penguatkuasaan Direktorat (ED) pada 25 Mei lalu telah mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram (PMLA) untuk memeriksa Ananda Krishnan.

Keesokan harinya, satu lagi saman dikeluarkan untuk memeriksa Ralph Marshall dan kedua-dua saman itu telah dihantar ke Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, keluarga Maran mencabar bidang kuasa mahkamah khas dengan menyatakan bahawa kes tersebut bukan sebahagian daripada spektrum penipuan komunikasi dan skandal politik (2G) dan tidak boleh didengari oleh hakim yang ditetapkan untuk mengendalikan kes-kes 2G secara eksklusif.

Bekas Menteri Komunikasi Dayanidhi Maran; saudara kandungnya, Kalanithi Maran; isteri kepada Kalanithi, Kavery Kalanithi; Pengarah Urusan Asia FM Ltd. (SAFL), K. Shanmugam dan syarikat-syarikat SAFL dan SDTPL adalah antara mereka yang dipanggil oleh mahkamah sebagai tertuduh.

Dalam pada itu, ED menentang pengakuan adik beradik Maran dengan menyatakan aspek pe­ngu­bahan wang haram masih disiasat dan berkemungkinan mengganggu bukti serta mempengaruhi saksi.

Mahkamah memerintahkan sebutan kes dilanjutkan pada 27 Ogos ini.

Related Articles