20
“Saya dimaklumkan kejadian itu malam tadi dan telah mengeluarkan arahan agar tindakan segera diambil untuk menyiasat isu tersebut,” kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, memetik Sinar Harian.
Terdahulu, media sosial digemparkan dengan dakwaan seorang wanita yang menggunakan nama Facebook, Gillian Benjamin yang mengatakan ibu dan bapanya telah menerima layanan buruk daripada seorang pegawai wanita di KLIA.
Status Gillian itu kini telah dikongsi hampir 1,000 kali selepas ia dimuat naik, petang Selasa.
Kejadian itu didakwanya berlaku petang Selasa, kira-kira jam 5.30 petang selepas mendarat di KLIA dan berurusan di kaunter Imigresen bersama ibunya yang OKU dan bapanya serta seorang lagi rakan.