Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak malah turut menyeru seluruh ahli partinya itu untuk tetap berpegang teguh kepada konsep kebersamaan dan ikhlas dalam berjuang bagi memastikan UMNO terus kekal relavan dan berjaya.
“Sebaliknya kalau kita tinggalkan semangat kebersatuan ini, tidak menghayatinya maka sesuatu yang buruk boleh menimpa.
“Boleh jadi mudarat yang mana pengalaman itu telah kita lalui,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, pada Sabtu.
Najib juga meminta ahli UMNO supaya tidak leka atau bersikap malas untuk melakukan kerja-kerja parti kerana mereka berada dalam suasana politik yang dinamik dan tidak pernah statik.
Beliau berkata, sikap leka dan malas boleh menghukum parti itu seperti pada Pilihan Raya Umum 1999 yang boleh dianggap sebagai ‘mimpi negeri’ bagi UMNO.