Ikea Tebrau akan dibuka akhir 2017

 
Pada masa ini, IKEA mempunyai dua buah gedung, iaitu di Cheras dan Damansara dan mempunyai perancangan untuk membuka sebuah lagi di Pulau Pinang, yang menjadikan jumlah keseluruhannya empat.
 
Syarikat dari Sweden itu turut mempunyai gedung di Singapura dan Thailand.
 
“Gedung ini (Johor) merupakan sebahagian daripada hasrat kami untuk berkembang di Asia Tenggara dan komitmen untuk menyediakan lebih banyak rekaan kelengkapan rumah dari Sweden yang mampu dimiliki kepada rakyat Malaysia,” kata Pengarah Runcit, IKEA Malaysia, Singapura dan Malaysia, Mike King dalam kenyataan.
 
Bagi memulakan perniagaan di Johor, IKEA telah memulakan fasa pertama pengambilan untuk lebih 50 jawatan, termasuk kumpulan pengurusan gedung itu.
 
Ia termasuk jawatan pengurus gedung, pengurus dan penolong pengurus jualan, komunikasi dan reka bentuk dalaman, sumber manusia, restoran dan jabatan logistik.
 
Mereka yang ingin memohon atau mengetahui lebih lanjut mengenai peluang pekerjaan yang terdapat di gedung IKEA yang baharu di Johor Bahru, sila layari IKEA.my/jobs. – Bernama

Related Articles