16
Pembeli boleh memulangkan kerusi berkenanan di mana-mana gedung IKEA sebelum 31 Januari untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya, katanya. Resit tidak diperlukan.
Ikea berkata cara pemasangan semula yang tidak betul selepas membasuh tempat duduk fabrik yang boleh ditanggalkan mungkin menyebabkan jari tersepit.
Menurut firma itu, setakat ini, lima kejadian telah dilaporkan, semua memerlukan bantuan perubatan.
“Produk selamat adalah keutamaan Ikea dan semua produk kami mesti mematuhi undang-undang antarabangsa dan undang-undang tempatan serta piawaian yang berkaitan.
“Kerusi MYSINGSÖ telah melalui pelbagai ujian mekanikal, kain dan kimia yang kemudiannya diluluskan,” katanya.
“Ikea memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.”