15
Menurut laporan, ibu tunggal berusia 36 tahun itu telah dibunuh di sebuah rumah di Meru oleh suspek kira-kira 10 hari sebelum mayat tersebut ditemui di tepi sungai di Jalan Harper, Bandar Baru Klang, 25 Ogos lalu.
Suspek juga dilaporkan membawa mayat mangsa ke ibu negara untuk dibuang ke sungai, namun beg itu dihanyutkan semula ke Klang.
Motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu dan pengaruh dadah.
Siasatan polis mendapati, wanita malang yang mempunyai lima anak berumur antara setahun hingga 17 tahun itu dipercayai kerap didera suspek berusia 29 tahun berkenaan sehingga mengalami kecederaan teruk pada badan dan kakinya, petik Kosmo Online.