Hutang isi rumah negara 89.1% pada 2015

Chua berkata, ia merangkumi pinjaman pembelian harta tanah serta pelaburan aset kewangan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 56.2 peratus merupakan pinjaman pembelian rumah dan harta tanah untuk kediaman dan bukan kediaman manakala 15.5 peratus bagi pembelian kenderaan,” katanya, di Dewan Negara, pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Datuk Norliza Abdul Rahim mengenai laporan kira-kira 68 peratus rakyat Malaysia dibebani hutang dan menjadikan Malaysia tertinggi dalam kalangan lapan negara Asia.

Chua berkata, permintaan bagi pembelian harta kediaman dan kenderaan dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang berikutan tahap pendapatan rakyat yang meningkat seiring kepesatan prestasi ekonomi negara serta aspek pembandarannya.

“Keyakinan pembayaran balik pinjaman itu dicerminkan oleh tahap pinjaman terjejas yang rendah iaitu 1.1 peratus serta pemilikan aset harta yang harganya lebih tinggi pada masa akan datang dan membolehkan isi rumah berkeupayaan membeli aset melalui pinjaman,” katanya.

Jelasnya, keupayaan pembayaran balik hutang itu turut disokong oleh keadaan guna tenaga dan tahap pendapatan yang kukuh serta kestabilan penampan kewangan agregat isi rumah dengan nisbah aset kewangan isi rumah kepada hutang adalah dua kali lebih tinggi daripada hutang isi rumah.

Related Articles