Husni tidak mahu ulas dakwan Raja Petra

Beliau ketika ditemui tidak mahu berkata apa-apa mengenai tuduhan tersebut.

“Sudahlah…tak mahu, tak mahu..tak payahlah cerita (mengenai tuduhan) itu,” katanya di Shah Alam, malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Ceramah Khas Bersama Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah bertajuk ‘Kepentingan Tadbir Urus Yang Baik Dalam Pengurusan Kewangan Negara’ anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di Space U8 di Shah Alam.

Yang hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Agung IKRAM, Nahar Md. Nor.

Pada 26 Oktober lalu, Raja Petra mendakwa Ahmad Husni tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri tidak melantiknya sebagai Menteri Kewangan sebelum ini.

Sebaliknya, dakwa Raja Petra, Perdana Menteri berhasrat menukarkan beliau ke kementerian yang mana beliau menganggap perkara itu sebagai tindakan penurunan pangkat daripada jawatan Menteri Kewangan II.

Selain itu, Raja Petra menerusi protal berkenaan turut mengaitkan Ahmad Husni dengan dakwaan pelbagai tuduhan gangguan seksual.

Sebelum ini, Ahmad Husni didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, memetik Utusan Online.

Related Articles