Hujan lebat lebih sejam, MRR2 & UIAM dilanda banjir kilat

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air kira-kira setengah meter.

“Hujan lebat di MRR2 menyebabkan kesesakan lalu lintas namun keadaan adalah terkawal dan air mulai surut pada pukul 7 petang,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Mohd Sani berkata tiga batang pokok tumbang menyebabkan 10 buah kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta UIAM rosak.

“Operasi pembersihan sedang dilakukan oleh anggota yang bertugas,” katanya.

Beliau berkata seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.24 petang. – Bernama

Related Articles