Hudud bukan keutamaan PAN

Ketua PAN Perak, Asmuni Awi ketika diminta mengulas perkara itu itu menegaskan tuntutan dalam syariah Islam bukan tertumpu kepada soal hudud sahaja sebaliknya ia meliputi perkara yang lebih luas.

Jelasnya, partinya itu tidak menentang undang-undang hudud tetapi menegaskan ia tidak seharusnya menjadi keutamaan di bawah undang-undang syariah.

“Mengapa soalan hudud yang dimainkan sangat, yang dikehendaki sangat. Sedangkan hudud itu sebahagian daripada tuntutan syariah.

“Tuntutan syariah tidak hanya tertumpu kepada hudud, ia termasuk membasmi rasuah, keadilan sosial, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik,” katanya.

Asmuni berkata demikian ketika menjawab soalan bahawa parti itu masih belum membuat pendirian berhubung hudud dalam pilihan raya kecil.

Related Articles