22
Komander Operasi Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Rosdhi Roslan berkata kejadian berlaku kira-kira 5 pagi.
“Sebanyak tiga jentera dengan 27 anggota dan pegawai dari tiga balai bomba digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 5.18 pagi dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 5.54 pagi,” katanya ketika dihubungi.
Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Derek, mendakwa api bermula dari tingkat dua bangunan rumah kedai terbiar bersebelahan hotel bajet tersebut.
Katanya api marak dengan cepat dipercayai disebabkan struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu dan batu.