16
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Datuk Yahaya Madis berkata, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah stor menyimpan barang lama yang terletak di belakang wad berkenaan.
“Api bermula dari situ dan merebak naik ke siling yang diperbuat daripada kayu yang sudah lama dan kering, seterusnya merebak ke bumbung wad,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Kabakaran itu memusnahkan keseluruhan bilik stor dan sebahagian siling serta bumbung wad 11.
Seramai 21 penghuni wad tersebut dikeluarkan ke lokasi selamat dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Punca kebakaran masih disiasat dan wad berkenaan akan ditutup antara tiga hingga tujuh hari.