15
Bayi pertama dilahirkan pada pukul 12.32 pagi diikuti 12.48 pagi dan 12.49 pagi.
Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zaininah Mohd.Zain berkata, ketiga-tiga bayi itu dilahirkan secara normal dan mereka serta ibu masing-masing berada dalam keadaan sihat.
“Tiga bayi merdeka yang lahir awal pagi ini adalah lelaki,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kelahiran Bayi Merdeka yang disambut di Wad Pediatrik HKL.
Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya; Timbalan Pengarah Perubatan III, Dr. Shamsul Anuar Kamarudin dan Pengerusi Persatuan Warisan Anak Merdeka, Datuk Dr. Mohamed Alwi abdul Rahman.
Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu sempena sambutan Hari Kebangsaan dan acara potong kek. –Utusan Online