HIndraf dakwa Blueprint India sebagai ‘wayang kulit’

Katanya, blue print yang didakwa untuk memperbaiki sosioekonomi dan segala aspek kehidupan masyarakat India di negara ini hanya wayang kulit dan penderhakaan kepada pegangan ‘Nambikei’ atau harapan yang diberikan Najib dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Waytha moorthy berkata dia terkejut selepas kesemua janji yang masih beum ditunai sepenuhnya, Najib kembali dengan satu lagi janji kepada komuniti India menerusi blueprint.

“Janji demi janji dibuat dalam AGM parti politik mundur MIC, dan parti India mesra UMNO.

“Janji dia mungkin menerima tepukan gemuruh dengan janji manisnya dan bunga malai oleh pemimpin hamba dari MIC.

“Tapi alasan dia kononnya segala keputusan yang diambil beliau sering gagal adalah tidak benar. Dia tidak mempunyai tanggungjawab dalam menunaikan segala janji yang ditaburkan sehingga kini,” dakwanya lagi. – Malaysia Nanban

Related Articles