Hillary cipta sejarah tersendiri

Clinton, yang juga bekas Setiausaha Negara Amerika, mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama mengetuai parti politik utama dalam usaha menjadi presiden Amerika Syarikat.

Kemenangan pemilihan utama di California dan di negeri lain memberikan kemenangan buat Clinton mengatasi pencabarnya, Bernie Sanders.

Jika terpilih pada pilihan raya pada 8 November ini, bekas Senator berusia 68 tahun itu akan mengembalikan keluarga Clinton ke Rumah Putih, 16 tahun selepas suaminya, Bill Clinton, menamatkan dua penggalnya sebagai presiden.

Semua petanda menunjukkan kempen negatif apabila Clinton menuduh Trump tidak layak berkhidmat dan hartawan New York itu mendakwa Clinton ada rahsia dan memiliki rekod lemah sebagai Setiausaha Negara pada penggal pertama Presiden Barack Obama.

Clinton memberitahu NBC beliau tidak akan mengadakan ‘kempen menghina’ tetapi menggambarkan Trump, 69, sebagai tidak layak menduduki Pejabat Oval selepas beliau berulang kali menuduh hakim berketurunan Mexico-Amerika bersikap berat sebelah kerana etniknya. – Reuters

Related Articles