Hentikan spekulasi isu rasuah di negeri saya, kata KM Melaka

Susulan daripada itu, Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron meminta orang ramai khususnya penduduk Melaka untuk tidak membuat sebaran spekulasi berhubung perkara berkenaan.

Sehubungan itu, Idris meminta semua pihak untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan siasatan terhadap gejala rasuah dan seterusnya memastikan kerajaan negeri dapat memberikan perkhidmatan berintegriti kepada rakyat.

“Jika sahih ada berlaku pengamalan rasuah saya tidak akan mengizinkan pegawai seperti ini ditempatkan di Melaka.

“Kerajaan negeri serius menangani isu rasuah di negeri ini kerana kita mahukan kerajaan yang berintegriti dan bermaruah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka dianjurkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di sini, Isnin.

Idris mengulas penahanan seorang pegawai kanan kerajaan yang bertugas di negeri ini bergelar ‘Datuk’ 15 Ogos lepas bagi membantu siasatan kes rasuah.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sentiasa mengadakan program kerjasama dengan SPRM bagi membendung gejala rasuah di negeri ini.

Related Articles