Harumanis tidak dieksport kerana permintaan tinggi

Sehubungan itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob amat bangga dengan buah ikonik Perlis itu yang laris bagaikan pisang goreng panas.

“Sewaktu saya jadi Menteri Pertanian, kita memang lakukan pembangunan khusus untuk negeri Perlis, kerana tidak ada negeri lain di Malaysia ini yang boleh menaman dan mengeluarkan hasil seperti Perlis.

“Saya amat berbangga apabila melihat harga buah harum manis telah meningkat daripada RM35 kepada RM45 sekilogram.

“Inilah kelebihan yang ada pada negeri Perlis, kerana harganya tinggi di Malaysia, harum manis tidak sepatutnya dieksport, tidak sampai dah ke jepun dan lain-lain, kerana semuanya diambil oleh rakyat Malaysia sendiri,” katanya sewaktu berucap di Majlis Perasmian Perlis FEST@KL 2016 hari ini.

Related Articles