Harta bekas pegawai TLDM dirampas RM1.6 juta sebab rasuah

Hakim Indra Nehru Savandiah menjatuhkan hukuman denda RM100,000 terhadap Khairul Izwan, 38, di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Ipoh.

Beliau turut memerintahkan harta bernilai kira-kira RM1.6 juta miliknya dilucutkan hak.

Khairul Izwan yang pernah bertugas sebagai Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada pada 9 September 2015 didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas limapertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima wang dan sekeping kad debit berjumlah RM1.5 juta.

Khairul Izwan turut didakwa dengan satu pertuduhan mengikut akta sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 September 2015 atas tuduhan menerima seutas jam tangan jenama Bell & Ross bernilai RM19,000 daripada seorang kontraktor yang mana tertuduh mengetahui syarikat kontraktor berkenaan mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh.

Kes tersebut kemudian dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Khairul Izwan didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut antara bulan Mei 2013 dan Februari 2015.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah dan Mahadi Abdul Jumaat.

Related Articles