Haron Din meninggal dunia jam 10.10 pagi Jumaat

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasaruddin Hassan melalu aplikasi whatapps kepada wakil media.

“Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US.

“Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A’lamin.

“Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru,” tulisnya.

Terdahulu Haron dilaporkan kritikal dan masih bergantung kepada mesin sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Related Articles