Haron Din kritikal di Carlifornia

Beliau kini dilaporkan masih bergantung kepada mesin sokongan hayat.

Perkembangan itu dimaklumkan anaknya, Hamdi Haron, menerusi mesej kepada Ketua Penerangan PAS, Nasaruddin Hassan, dalam kumpulan WhatsApp pimpinan PAS yang diterima pada jam 2.45 pagi tadi.

“Baba dalam keadaan koma, tolong sampaikan pada Tuan Guru dan pimpinan PAS, Dr kata sudah tiada harapan, bleeding terok, now on life support, hanya tunggu masa utk cabot mesin dan biar Baba pegi menemui Rabbul Alamin dgn aman….Hamdi,” tulis anaknya.

Menurutnya juga, seluruh ahli keluarga terdekat pemimpin gerakan Islam itu juga turut berada bersamanya di hospital berkenaan.

Haron dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak semalam, bagi menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan.

Difahamkan, Haron berlepas ke AS beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.

Related Articles