Hari mengundi PRN Sarawak ditentukan Khamis ini

Dalam satu kenyataan hari ini, SPR memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan mengenai PRN Sarawak Ke-11.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata mesyuarat itu akan diadakan di Hotel Merdeka Palace, Kuching pada jam 9.30 pagi dan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

“Mesyuarat ini akan membincangkan tarikh penting seperti Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya itu dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

“Selepas mesyuarat itu, satu sidang media akan diadakan oleh Pengerusi SPR,” katanya.

Related Articles