Harga minyak turun

Ia berkata, Brent dijangka kembali di bawah paras AS$50 satu tong, berikutan kenaikan harga minyak mentah sebanyak 20 peratus pada Ogos kelihatan terlalu tinggi.

Penanda aras antarabangsa Brent didagangkan pada AS$50.43 satu tong pada 0025 GMT, jatuh 45 sen, atau 0.88 peratus. West Texas Intermediate (WTI) pula jatuh 27 sen, atau 0.56 peratus, kepada AS$48.25 satu tong.

Penganalisis meluahkan keraguan berhubung rali harga baru-baru ini, berkata sebahagian besar daripada kenaikan itu disebabkan permainan pedagang yang mengambil kedudukan pendek untuk membuat pemulihan pantas, selain faktor rundingan di kalangan pengeluar minyak dunia bulan depan bagi membincangkan kaedah yang dapat membendung lebihan bekalan.

Dengan ketiadaan langkah pengawalan fundamental, mereka berpendapat harga berkemungkinan menerima tekanan menurun tidak lama lagi.

“Data kelihatan mengesahkan pendapat kami bahawa lantunan harga terkini adalah lebih teknikal dan berkaitan posisi dagangan, bukannya fundamental.

“Hakikatnya, pembeli baharu kebanyakannya tidak hadir sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” kata Morgan Stanley.

Sementara itu, penganalisis di Barclay Bank berpandangan harga minyak berkemungkinan berhadapan satu lagi kejatuhan harga jangka pendek dalam minggu-minggu mendatang, sebelum bergerak kepada harga purata yang lebih mampu bertahan pada AS$50 satu tong pada suku keempat. – Reuters

Related Articles