Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 September lalu bersetuju supaya KPDNKK mengambil alih pengurusan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) tersebut berkuat kuasa 1 November depan.
“Kerajaan mengekalkan harga jualan dengan menstruktur semula jumlah subsidi bagi membolehkan harga pasaran ini dikekalkan,” katanya dalam satu sidang media khas yang diadakan di ibu pejabat KPDNKK di sini, hari ini.
Menurut Hamzah harga pasaran minyak masak di negara ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara negara jiran.
Laporan media sebelum ini menyebut kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak bermula bulan depan dan bakal mengakibatkan peningkatan harga di pasaran.
Bagaimanapun ia dinafikan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani yang menyatakan tiada sebarang mengenai keputusan bagi pemansuhan subsidi minyak masak dibuat ketika ini.
Beberapa pasaraya dan kedai runcit turut dilaporkan kehabisan stok minyak masak susulan pembelian panik pengguna ekoran berita tersebut.