Harga minyak masak di Puchong melambung tinggi

Minyak masak dalam botol yang pernah dijual pada kadar RM14 sebelum ini kini didakwa dijual pada harga RM23 di kawasan Puchong.

Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan perlu memantau harga minyak masak yang kini terlalu melampau.

Kenaikan harga barang keperluan asas seperti minyak masak menjejaskan pengguna.

Seorang peniaga mendakwa walaupun harga minyak masak melambung tinggi, pihaknya terpaksa mengekalkan harga makanan yang diniagakan bagi mengelakkan pengguna terasa terbeban.

“Kami terpaksa berbuat demikian walaupun tahu harga minyak masak tinggi kerana tidak sanggup membebankan pengguna kita.

“Kami menjual roti canai di kedai kami sebanyak RM1 dan harga tidak dinaikkan walaupun minyak masak naik.

“Kami tahu beban yang dihadapi pengguna ketika ini,” katanya.

Terdapat pengguna yang mahu setiap peniaga yang trlibat dalam menyorok minyak masak dan barang berkaitan supaya dikenakan tindakan tegas jika terbukti mereka terlibat dalam aktiviti menyorok bekalan minyak masak. – Tamil Nesan

Related Articles