Harga minyak masak akan ditentukan dalam masa terdekat – KPDNKK

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kajian sedang dilakukan pihaknya terhadap harga minyak masak itu.

“Kita sedang menjalankan kajian terperinci tentang bekalan minyak masak.

“Keputusan mengenai penentuan harga tetap bagi minyak masak akan diumumkan selepas selesai kajian itu,” katanya.

Tambah beliau, kajian itu juga melibatkan sama ada pengguna di negara ini sedia menerima harga baru bagi sebungkus minyak masak yang akan ditentukan kelak.

“Sekiranya kajian mengenai penentuan harga tetap bagi minyak masak selesai dijalankan tanpa sebarang masalah, maka saya akan umumkan nanti kepada rakyat.

“Saya tidak mahu masalah atau ketirisan mengenai bekalan minyak masak menyusahkan rakyat selaku pengguna.

“Kami memandang serius dengan perkara ini, apabila rampasan banyak penyeludupan dan minyak masak disorok didedah dan dirampas penguatkuasa kita.

“Kami akan pastikan tanda noktah diletakkan untuk masalah ini selama-lamanya dengan pengumuman itu,” ujarnya. – Tamil Nesan.

Related Articles