Harap saya tidak terima nasib seperti Rafizi – Muhyiddin

Ahli Parlimen Pagoh yang sedang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu berkata, beliau mempunyai imuniti apabila bercakap di dalam Dewan Rakyat.

“Walaupun saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Rafizi, saya harap saya tidak akan menerima nasib yang sama.

“Ini kerana saya percaya apabila saya bercakap di Parlimen, saya mempunyai hak untuk bercakap dan saya mempunyai imuniti.

“Saya berharap pihak berkuasa memahami keseluruhan latar belakang apa yang saya katakan,” katanya selepas hadir ke Bukit Aman untuk merakamkan kenyataannya.

Rafizi didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan di bawah OSA kerana mendedahkan halaman sembilan laporan Audit Negara mengenai sisatan 1MDB.

Muhyiddin pula sedang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta OSA dan Seksyen 4 Akta Hasutan kerana perbahasan bajet yang dibuatnya pada 26 Oktober yang menyentuh mengenai 1MDB.

 

Related Articles