Hapuskan PAS dahulu sebelum berperang dengan UMNO

by SM Amin

Dalam keadaan ini, pakatan pembangkang tersepit untuk membuat pilihan antara DAP, AMANAH dan PAS, apa yang pasti pilihan yang perlu dipilih adalah PAS, jika tidak tiada ruang rundingan boleh dibuat. Selepas PAS memutuskan untuk bertanding 70 kerusi Parlimen yang dianggap sebagai kawasan khusus parti itu, parti-parti pembangkang yang lain tidak boleh campur tangan.

Jika PAS menang keseluruhan atau sebahagian kerusi tersebut sekalipun, parti itu perlu bergabung dengan parti pembangkang yang lain untuk membentuk kerajaan, atau PAS sebenarnya membuka satu lagi jalan untuk mempercepatkan hubungan kerjasama PAS-UMNO.

Bagaimanapun, PAS mungkin terlalu yakin kerana parti itu tidak mungkin dapat memenangi keseluruhan 70 kerusi malah untuk memperolehi separuh daripada jumlah tersebut juga adalah sangat sukar.

Jika meneliti semula keputusan PAS dalam beberapa penggal PRU yang lepas, “kemenangan” PAS tidak perlu melebihi 30 kerusi, malah pada PRU1999, kejayaan tertinggi parti itu hanya 27 kerusi. Tsunami politik 308, kerusi PAS bukan sahaja tidak bertambah malah menurun daripada 27 kepada 23 kerusi, manakala semasa PRU505, PAS sekali lagi kehilangan 2 kerusi dan kini hanya tinggal 21 kerusi sahaja.

Dalam keadaan hari ini PAS tidak henti-henti menghuru-harakan keadaan dengan undang-undang Islam, hanya Mahathir sahaja yang berani mengecam parti itu secara terbuka sebaliknya PKR pula langsung tidak bersuara. Pakatan pembangkang hanya punyai satu jalan sahaja iaitu “menghapuskan” PAS terlebih dahulu kemudian barulah dapat mengorak langkah baharu untuk berdepan dengan UMNO-BN. – Guang Ming Daily

Related Articles