Hanya satu peratus ATM terlibat Daesh

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berdasarkan siasatan yang dibuat, sebanyak 99 peratus lagi merupakan penglibatan orang awam di dalam aktiviti keganasan itu.

“Justeru, kementerian tidak akan melindungi mana-mana anggota ATM yang melibatkan diri dalam kegiatan Daesh kerana ia merupakan ancaman global terbesar masa kini.

“Ketika ini, ATM menerusi Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat) sentiasa memantau semua tentera bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan sebarang kegiatan Daesh,” katanya selepas merasmikan 40th Pacific Armies Management Seminar (PAMS) di ibu negara pada Isnin.

 

Related Articles