Hanya ambil gambar, bukan berjudi -Azalina

Beliau berkata, gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya menjadi viral dan mengundang kritikan daripada warga maya.

“Saya pergi Las Vegas, tahulah tuan-tuan, Las Vegas ini banyak mesin judi. Saya pun ambil gambar dengan penuh semangat. Orang kata masuk tempat judi.

“Takkan saya nak berjudi saya ambil gambar saya? Bodohlah tu,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Hal Ehwal Undang-undang di Putrajaya semalam.

Sehubungan itu, Azalina mengingatkan penjawat awam bahawa mereka tidak seharusnya berfikir bahawa mereka bebas daripada pantauan walaupun meletakkan profil di media sosial sebagai peribadi kerana orang ramai masih boleh merakamkan ‘screenshot posting’ mereka.

Itulah apa yang berlaku kepada gambarnya di Las Vegas yang dimuat naik di Instagram, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. –Makkal Osai

Related Articles