Hampir 50,000 PATI ditahan sejak Januari

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bagi tempoh sama, seramai 169,712 orang PATI telah menyertai program Serah Diri Secara Sukarela untuk Kembali ke Negara Asal (Program 3 1).

“Untuk rekod, dalam program 3 1 yang bermula 22 Julai 2014 hingga semalam, seramai 452,779 orang PATI telah menyerah diri untuk pulang ke negara asal dan mereka akan disenaraihitamkan sebelum dihantar pulang ke negara asal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Rahimah Mahamad berkenaan statistik warga asing yang tidak mempunyai permit sah di negara ini serta langkah mengekang kemasukan PATI.

Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata sehingga 30 Nov lepas, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merekodkan seramai 1,856,869 orang pekerja asing yang sah. – Bernama

Related Articles